Setiap ibu yang ingin menyimpan susu perahan hendaklah memahami teknik yang betul bagaimana hendak memastikan susu yang disimpan adalah berkualiti daripada pelbagai segi. Ini kerana susu ibu adalah sangat berharga, penyimpanan yang tidak betul akan mengakibatkan pengurangan kandungan antibodi, antioksidan, enzim, sel-sel darah putih dan kandungan lemak yang berkhasiat untuk tumbesaran bayi.
A. Pemilihan Bekas Penyimpanan Susu
Pemilihan bekas penyimpan adalah penting untuk mengelakkan risiko pencemaran bahan kimia dan sebagainya. Botol yang digunakan bagi tujuan penyimpanan susu hendaklah selamat, tahan lama, tahan perubahan suhu, tebal dan tidak mudah bocor. Panduan daripada “The Breastfeeding Answer Book” mengatakan botol kaca adalah pilihan terbaik untuk membekukan susu, diikuti dengan botol plastic keras (polycarbonate) dan plastik (polypropylene). Jika memilih untuk menggunakan botol plastik, pastikan botol tersebut adalah bebas BPA (Biphenol A), kerana bahan ini berpotensi besar mencemari susu perahan anda.
Ramai ibu di Malaysia menggunakan bekas dadih sebagai bekas penyimpanan susu. Soalannya: sesuaikah atau selamatkah? Untuk ibu yang menggunakan bekas dadih ada beberapa perkara yang anda perlu ambil perhatian. Ini termasuklah;
- Perhatikan dahulu nombor kod plastik yang biasanya tertera di bawah bekas dadih tersebut.
- Elakkan daripada menggunakan kod no 3 (tiga), 6(enam) dan 7(tujuh).
- Bekas yang selamat adalah bekas dengan kod no 5 (lima) – polypropylene
- Tidak boleh gunakan bekas dadih untuk penyimpanan susu berulang kali kerana dikhuatiri akan dicemari bahan kimia tersebut.
Diingatkan walau apa bekas sekalipun anda pilih, pastikan bekas tersebut adalah bersih sebelum sigunakan. Basuh dengan menggunakan air sabun dan air suam, serta dibiarkan kering sebelum digunakan.
B. Cara Penyimpanan Susu Perahan
Bagaimana anda menyimpan susu adalah penting kerana ia menentukan daya tahan susu perahan anda. Berikut adalah merupakan tips penyimpanan susu yang boleh ikut, bergantung kepada keperluan seharian anda;
- Bekas menyimpan susu mestilah steril dan bersih.
- Simpan kuantiti yang mencukupi dalam satu bekas untuk sekali penyusuan.
- Tinggalkan sedikit udara di dalam bekas penyimpanan untuk membolehkan proses
- pengembangan berlaku jika susu dibekukan.
- Labelkan bekas dengan nama bayi, tarikh dan masa mula pemerahan.
- Cara penyimpanan – sila rujuk gambar di bawah. Panduan ini adalah untuk kegunaan bayi yang sihat dan lahir cukup bulan sahaja. Penyimpanan susu untuk bayi pramatang adalah berbeza.
7. Gunakan susu yang lebih awal terlebih dahulu.
Dinasihatkan, elakkan daripada mencampurkan susu yang baru diperah bersama susu beku atau yang telah disejukkan untuk mengelakkan pertambahan suhu kepada susu yang telah disejukkan. Sebaiknya sejukkan dahulu baru dicampurkan (susu yang diperah dalam masa 24 jam sahaja boleh dicampurkan). Setelah dicampurkan, jika ingin menyimpan lebih lama bolehlah dipindahkan ke bahagian sejuk beku.
Tips: Pastikan susu disimpan di bahagian belakang peti sejuk untuk mengelakkan perubahan suhu yang cepat dan kerana ianya lebih sejuk. Elakkan daripada menyimpan di bahagian pintu peti sejuk.
C. Cara Mencairkan Dan Memanaskan Susu Perahan
Lazimnya, susu perahan ibu diberikan kepada bayi dalam keadaan suam. Terdapat pelbagai kaedah bagaimana untuk mencairkan dan memanaskan susu perahan. Paling penting, jangan sesekali panaskan susu perahan menggunakan microwave kerana ia menggunakan gelombang mikro yang boleh memusnahkan khasiat susu serta membahayakan bayi kerana pemanasan yang tidak sekata.
Jika susu perahan tersebut beku, letakkan susu beku yang hendak digunakan dibahagian rak bawah peti sejuk semalaman supaya mudah dicairkan ataupun merendam susu tersebut di dalam bekas berisi air (tetapi , masih dalam peti sejuk). Sentiasa gunakan susu yang paling awal di perah. Susu yang dibekukan akan menampakkan lemak terpisah menjadi dua lapisan. Goyangkan bekas dengan perlahan-lahan untuk menggabungkan lapisan lemak yang terpisah itu.
Keesokkannya, rendamkan bekas berisi susu di dalam air panas suam (1 bahagian air panas ditambah 2 bahagian air biasa). Dinasihatkan anda hanya panaskan kuantiti susu yang hendak digunakan untuk satu sesi penyusuan sahaja. Pastikan suhu susu suam dengan menitiskan beberapa titis susu di bahagian pergelangan tangan anda. Susu yang dipanaskan mestilah digunakan dalam masa 1 jam (dan tidak boleh disimpan semula). Boleh rujuk kepada jadual dibawah sebagai panduan penyimpanan susu perahan yang telah dicairkan.
Casino No Deposit Bonus Codes 2021 - Dr.MCD
ReplyDeleteThe casino no deposit bonus offers are as follows: 경상남도 출장마사지 1.) Get a free bonus 전주 출장샵 at the 용인 출장안마 casino without 양주 출장마사지 making any deposit. 남양주 출장마사지 2.) Get free